April 20, 2025

Being 35

Harini genaplah aku 35 tahun. Masih seorang loser. Kuat mencarut, marah dan penuh kepahitan. Makin tak ada yang gembirakan hati, makin kelam hari-hari, makin bertambah sedih dalam sanubari dan macam-macam lagi. 

Dah banyak fikir pasal mati. Dah mula doa kepada Tuhan supaya perjalanan hidup aku selalu dimudahkan dan dikurniakan pengakhiran yang baik baik aje. 

Taktau nak cerita apa je pasal life ni sebab takde banyak transition pun. Masih orang yang sama. Cuma aku dah sedar, hidup ni memang perlukan Tuhan. 

December 4, 2022

Kosong kosong

 Dah 4 Disember dah. Last post aku Januari 2022. 

Punyalah gila 2022 ni, tapi Tuhan masih temukan dengan orang-orang yang baik. Kawan yang baik, kawan yang ada untuk curhat, kawan yang tak kedekut bayar/belanja makan, kawan yang ada bila perlu dan kawan yang.. entah lah. Senang cakap boleh pakai. 

Sebenarnya apa kita nak dalam hidup ni aku pun taktahu. Nak hidup tenang pun mesti akan ada benda yang bikin tak tenang. Kekadang rasa nak pergi jauh, duduk sorang diri. Tak nak ada kaitan dengan sesapa pun. Tak nak ada orang kenal aku pun. Sebab hidup ni dah penat sangat. Letih. 

Nak menangis pun dah takde rasa. Jiwa memang dah penat gila. Energy pun tak ada. Kalau mampu untuk tidur je sepanjang hidup memang aku pilih tidur je. Hahaha

Entah la eh. 

Hidup memang macam ni kan, sampai bila-bila lah kot. Susah lah nak taip nak curahkan dalam bentuk perkataan ni. Yang pasti jiwa penat, letih, lelah, kecewa; semua menjadi satu rasa. 

Aku cuba jela bertenang, selagi mampu. 

Salam penutup 2022, semoga 2023 bawa seribu sinar. InshaAllah.