December 4, 2022

Kosong kosong

 Dah 4 Disember dah. Last post aku Januari 2022. 

Punyalah gila 2022 ni, tapi Tuhan masih temukan dengan orang-orang yang baik. Kawan yang baik, kawan yang ada untuk curhat, kawan yang tak kedekut bayar/belanja makan, kawan yang ada bila perlu dan kawan yang.. entah lah. Senang cakap boleh pakai. 

Sebenarnya apa kita nak dalam hidup ni aku pun taktahu. Nak hidup tenang pun mesti akan ada benda yang bikin tak tenang. Kekadang rasa nak pergi jauh, duduk sorang diri. Tak nak ada kaitan dengan sesapa pun. Tak nak ada orang kenal aku pun. Sebab hidup ni dah penat sangat. Letih. 

Nak menangis pun dah takde rasa. Jiwa memang dah penat gila. Energy pun tak ada. Kalau mampu untuk tidur je sepanjang hidup memang aku pilih tidur je. Hahaha

Entah la eh. 

Hidup memang macam ni kan, sampai bila-bila lah kot. Susah lah nak taip nak curahkan dalam bentuk perkataan ni. Yang pasti jiwa penat, letih, lelah, kecewa; semua menjadi satu rasa. 

Aku cuba jela bertenang, selagi mampu. 

Salam penutup 2022, semoga 2023 bawa seribu sinar. InshaAllah. 

January 10, 2022

2022

Wow, update update dah 2022. Dua tahun tak post apa-apa tapi hidup aku sama je pun hahaha. Tetiba malam ni aku rasa nak stalk blog aku, rupanya isi kandungan sama je. Meroyan bosan kerja, letih la apa la. 

Ok penghujung 2021 aku tak berapa cantik sangat. Malas nak taip panjang-panjang cerita semula. Takpe la biar aku je yang tahu apa yang terjadi. Sebenarnya aku rasa macam betul-betul burn out. Aku memang dah hilang interest dekat semua benda. Aku tak tahu kenapa, aku rasa macam aku takde pun simpan apa dalam hati. Benda bodo-bodo pun aku mesti cerita kat kawan baik aku.

Entah lah wei. Tbh memang dah takde rasa apa. Kekadang hidup ni macam sekadar buat apa yang perlu je, lepastu ulang-ulang la sampai esok. Sampai ke saat aku menaip entri ni pun aku masih tak pasti dengan apa aku nak dalam hidup ni. I have no interest towards everything. Bila difikirkan memang sedih tapi nak menangis pun tak keluar air mata.

Hmm tak tahu la apa nak jadi. Baru januari 2022 wei, doakan aku boleh survive la. Terus semangat ya semua orang!