January 23, 2014

1 Azam 1 Matlamat

Sebenarnya masuk harini dah 16 hari aku tak hisap rokok. Ini merupakan pencapaian paling power setakat ni.

Itu hari aku balik dari JB aku kena selsema dengan batuk. Jadi aku mengambil keputusan untuk berhenti sekejap sampai la selsema dan batuk aku baik. Tapi sekarang ni dah ok la.

Selain dari itu, aku ada jugak pasang azam nak berhenti merokok buat selama-lamanya. Hasrat aku ni tak pernah mencapai tahap memuaskan pun. Selalu kalau aku cakap aku nak quit, tak sampai sebulan dua pun. Kurang2 pun dalam 3 4 hari je. Bukan aku tak cuba, aku dah cuba banyak kali dan setiap kali tu la usaha aku tak pernah membuahkan hasil. Kakaka

Di sebabkan rokok yang aku beli pada 3 januari 2014 (sebelum gerak JB) masih berbaki 8 batang. Tanpa membuang masa, hari ni aku pancung puasa merokok aku dengan niat habis je semua rokok ni kira settle la. Lepas ni aku janji aku tak rokok lagi.

Kah kah kah, kita tengok la macam mana.