esok cuti (selasa), cuti maulud nabi.
memang cantik kalau aku apply cuti pada keesokan harinya. so aku boleh cuti straight, berehat tanpa buat apa apa. tapi tidak, aku bekerja seperti biasa.
aku kalau ada pilihan nak kerja atau duduk rumah, mesti lah aku nak duduk rumah. makan pula sedap sedap siap buat youtube channel untuk mukbang asmr, otak pula sentiasa tenang takde masalah yang menyinggah. itu semua cerita kalau.. hakikatnya sudah tentu tidak.
bila dah dewasa, kena ada tanggungjawab pada diri sendiri. malas kerja, tak boleh hidup sebab takde duit, takboleh beli apa saja yang kita teringin dan takboleh makan yang sedap sedap. mak aku selalu cakap, kita ni makan sate sebulan entah berapa kali. orang yang susah tu dalam sebulan pun payah nak makan sate tak pun kfc.
betul juga kata mak aku. tapi mak aku taktahu, kadang aku ni self motivate pun ke laut. sampai tempat kerja je dah tak sabar tunggu waktu balik.
itu perkara biasa, normal.
yeke normal? entah lah.
harini aku kena stay back kat office sampai 7.30pm. ada benda yang perlu diselesaikan atas tanggungjawab aku. tapi tu lah, bukan senang aku nak relakan hati kena stay back macam ni tapi macam aku tulis tu lah, bila dah dewasa kena ada tanggungjawab pada diri sendiri.
so, thisiszit.